Tuesday 8 April 2014

Circle Breaker Project

Project start date 01/01/2014. Timeframe : 2 Years....mari kita tengok apa yg nak jadi seterusnya....

Thursday 7 November 2013

Ada Problem dengan Celcom???

2 3 minggu nie kan, line agak selo kat telepon kawan. Nak kata kawan duduk ulu tembeling takpun Delta Rajang, kawan duduk Sungai Petani ja pun. Patutnya, setakat 3G tu senang-senang buleh dapat. Signal tunjuk HSDPA, tapi loading...adui la....ramai jugak member member yang pakai Celcom mengadu benda yang sama. Mulanya, kawan nak beli additional data, pasal kuota 1GB dah habih. Bila request nak beli, asyik please try again,please try again. Hampeh betui la...Cari punya cari jumpa website nie,lg cepat depa respon. Nak repot pasal serbis Celcom, buleh try la...

https://getsatisfaction.com/celcom

Cepat gak depa reply balik.
Cer try test,kalu kalu hangpa pun buleh solve problem melalui cara nie.

Monday 28 October 2013

Cara Pasang Kipas Siling Dan Lampu Downlight

Pasang Lampu dulu...
Pastu baru taruk kipas...


Untuk savekan bajet, kerja kerja wiring, kawan buat sendiri. Nak bagi full guide, rasa macam penat nak type memanjang dalam blog. Kawan pun ada keja lain weh selain dari update blog. Ini pun curi-curi buat.

Sebagai panduan macam nak beli lampu kat mana, kipas kat mana, buleh la kawan share. Memandangkan kawan duduk di Sungai Petani, kedai yang buleh kawan rekemen adalah Bright N Bright kat Lagenda Height. Dekat kawasan Tesco, belakang Maybank. Kedai lain pun banyak, harga pulak memacam. Untuk downlight 4 inch kawan dapat sehelai rm9.80 sekali bulb Philips 18W. Kipas KDK sehelai kawan dapat rm130.

Yang susah buat kerja pasang lampu nie adalah buat marking. Kena check betul2, bila marking pasal takut bila dah tebuk, terkena tulang plaster siling. Mau berbakul jugak la sumpah seranah bila jadi camtu. Rule of thumb pasang downlight, sekurang-kurangnya 0.8M-1M dari dinding dan 2 M dari satu lampu ke lampu yang lain. Apasal gamaknya camtu? Pasal bukaan sudut dowlight adalah 60 Darjah. Tak paham?xpa, suruh wireman ja yang buat kalau duit banyak.

Untuk buat looping wire, kawan invest skit pakai 1.5mm. Lebih kurang 25M jugak yang habih untuk 3 warna. Ikut la panjang mana yang kita guna la. Kalu beli segulung terus lagi baik, tapi yang belen belen tu nak buat hapa?ikat lembu?hihihihihi

Last but not least, sedikit kreativiti dan kemahiran diperlukan. Basic tool juga penting macam handrill, 4 in 1 screwdriver,test pen, Hole saw dan pin warna(????....buat marking la). Oh ya, lupa nak bagitau, kena naik atas siling, tangga 10 kaki juga 1 kemestian.

Kelebihan buat sendiri nie, kalau buruk pun, sendiri yang komplen. Bukan orang lain...hihihihihi..Kalau rasa takut tangan kotor,luka-luka atau patah kuku yang cantik tuh, upah wireman la senang macam yuppies-yuppies lain buat tuh, pastuh komplen keja kontraktor macam haram....hahahahahaha

Sunday 13 October 2013

Rumah Siap Pahat Berbunyi

Fedap betui kawan. Banyak la pulak defect yg kena repair sebelum pindah. Komplen dh buat,tapi...hmmmm.. atap bocor,paip bocor,pintu pecah...adeh..macam macam hal.

Tuesday 1 October 2013

Duit Aku Hilang

Sapa penah ada kes ngan Maybank? Masa transfer duit ilang entah kemana. Kawan punya kes, transfer dari Tabung Haji Ke Maybank. Malas nak call tele-executive Maybank slow yang amat. Kompom dia suruh buat benda yang tak membantu menyelesaikan masalah. Memang la tak banyak. RM100 je. Tapi bagi seorang Fakir macam aku, RM100 tu banyak wooo. Itu baru satu customer, kalu 100,1000,cemana?tak ke berjuta jadinya....hehehehe

Malas nak bercakap, try hantar email. Tengok berapa lama dia punya respon time. Kalu tak menjawap dan tak menyelesaikan issue, kira buleh consider bukak account bank lain.


Kena lagi....

Untuk kali ke....ntah aku dh lost count.Nie semua punca punca lewat masuk kerja.adehhh...

Doa Murah Rezeki

Sedikit koleksi bacaan doa dalam kehidupan seharian.










Berkenaan bab murah rezeki, adalah baik sekiranya perkara-perkara seperti berikut dilakukan, antaranya,
1. Melazimi kekal berwudhuk.
2. Mengerjakan Solat sunat Dhuha.
3. Membaca Surah Al Waqiah.
4. Mengamalkan Ayat Dibawah.



Ada beberapa hal lagi yang kalau dilakukan, membuka pintu rezeki. Khusyuklah berdoa dan pohon agar doa kita diperkenankan.